Like Blog Ini...

Tuesday, April 10, 2012

Kriteria Penerimaan dan Penolakan Stok Darah & Komponen Darah

Kriteria Penerimaan dan Penolakan Stok Darah & Komponen Darah

Semua stok darah & komponen darah yang diterima daripada unit komponen darah atau hospital lain hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1-Setiap beg darah mestilah memiliki label. Label tersebut pula hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
-Nombor barkod beg darah
-Kumpulan darah ABO & Rh
-Nama produk
-Tarikh pengumpulan
-Tarikh luput
-Label ‘Screened’
- Suhu penyimpanan produk
2-Label dan nombor barkod pada beg darah hendaklah jelas dan boleh dilihat.
3-Beg darah hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik. Tiada kerosakan pada beg darah atau pada label.
4-Produk dan nama produk pada bahagian label hendaklah sama.


Semua stok darah & komponen darah perlu ditolak di atas sebab-sebab berikut:

1-Produk atau beg darah tidak mempunyai label.
2-Produk atau beg darah memiliki label, tetapi maklumat pada label tidak mencukupi.
3-Sebarang perbezaan antara nombor barkod beg darah dengan nombor barkod pada borang.
4-Sebarang perbezaan antara tarikh pengumpulan dengan tarikh luput yang telah ditetapkan.
5-Sebarang perbezaan antara jenis kumpulan darah yang tercatat pada beg darah dengan jenis kumpulan darah yang tercatat pada borang.
6-Sebarang perbezaan antara produk dalam beg darah dengan jenis produk yang tercatat pada borang.
7-Jika alat pengimbas barkod tidak boleh mengimbas nombor barkod.
8-Jika nombor barkod tidak jelas dan tidak boleh dibaca dengan mata kasar.
9-Jika terdapat sebarang keraguan pada produk dan beg darah, rujuk kes kepada ketua unit untuk tujuan pengesahan.

No comments: