Like Blog Ini...

Tuesday, April 3, 2012

UJIAN FUNGSI RENAL / Renal Profile (RP)

UJIAN FUNGSI RENAL

Ujian Fungsi Renal merangkumi pengukuran ke atas beberapa parameter iaitu:
1) Aras Klorida,
2) Aras Kreatinin,
3) Aras Sodium(Na),
4) Aras Potassium(K),
5) Aras Urea Darah.

Terdapat sedikit perbezaan antara ujian RP dengan ujian Blood for Urea Serum Eletrolyte (BUSE) di mana ujian BUSE tidak merangkumi aras kreatinin.


Klorida - Seksyen Rutin, Makmal Teras.

Prinsip :

Ion Selective Electrode

Membran elektrod klorida yang digunakan membenarkan pertukaran ion dengan sejenis garam pada membran yang bergabung dengan ion klorida. Ukuran kuasa Electromotive (EMF; voltan) pada membrane elektrod akan diambil semasa sampel yang telah dicairkan diletakkan pada elektrod Klorida.

Spesimen yang digunakan :
Serum dan plasma.

Elektrod yang digunakan :
Elektrod Cl.

Unit yang digunakan :
Keputusan ujian dikeluarkan dalam unit mmol/L

Anggaran Rujukan :
Serum Klorida 96 - 108 mmol/L

Faktor Klinikal :
1) Paras rendah (Hypochloremia)
- Kegagalan gastrointestinal(muntah yang berpanjangan, nasogastric suction)
- Burns
- Kegagalan fungsi renal(Diuretics, metabolic alkalosis).
2) Paras tinggi (Hyperchloremia)
- Dehidrasi
- Renal Tubular Acidosis.
- Metabolic Acidosis(Diarrhea yang berpanjangan, kekuranga NaHCO3, salicylate intoxication).


Kreatinin - Seksyen Rutin, Makmal Teras.

Prinsip :

Kaedah Jaffe.

Kreatinin membentuk kompleks kuning-oren dengan pikrik di dalam larutan beralkali. Kepekatan warna yang terhasil berkadar terus dengan kepekatan kreatinin. Assay yang menggunakan "rate-blanking" mengurangkan gangguan oleh bilirubin.

Spesimen yang digunakan :
Serum, plasma, dan urin.

Unit yang digunakan :
Keputusan ujian dikeluarkan dalam unit mikro mol/L

Anggaran Rujukan :
Serum Kreatinin 64 - 122 mikro mol/L

Kaedah Pengesahan :
Anggaran ukuran :
- 18 - 2210 mikro mol/L bagi plasma dan serum.
- 18 - 35400 mikro mol/L bagi urin.

Faktor Klinikal :
Pengukuran Kreatinin dilakukan untuk pendiagnosan dan pemantauan bagi penyakit renal akut dan kronik disamping juga bagi tujuan pemantauan proses dialisis buah pinggang.
Kepekatan kreatinin dalam urin boleh digunakan sebagai nilai rujukan untuk pengekstrakan analit-analit yang tertentu seperti albumin dan alpha-amylase.


Potassium – Seksyen Rutin, Makmal Teras .

Prinsip :

Ion Selective Electrode
Struktur molecular antibiotic valinomycin di dalam membrane Polyvinyl Chloride (PVC) pada Elektrod Potassium menjadikan elektrod tersebut selective kepada ion potassium sahaja. Ukuran kuasa Electromotive (EMF; voltan) pada membrane elektrod akan diambil semasa sampel yang telah dicairkan diletakkan pada elektrod Potassium(K).

Spesimen yang digunakan :
Serum dan plasma.

Elektrod yang digunakan :
Elektrod K

Unit yang digunakan :
Keputusan ujian dikeluarkan dalam unit mmol/L

Anggaran Rujukan :
Plasma Potassium : 3.5 – 5.0 mmol/L

Faktor Klinikal :
1) Hypokalemia
-Peningkatan pengambilan selular dalam lebihan insulin, Alkalosis.
-Kegagalan fungsi renal seperti Hyperaldosteronism, Diuretics.
-Excessive gastrointestinal losses – muntah, diarrhea, atau penyalahgunaan laxative.
2) Hyperkalemia
-Peningkatan pengambilan potassium, peningkatan pemusnahan sel.
-Gangguan pengambilan selular seperti acidosis, kekurangan insulin.
-Impaired renal excretion seperti kegagalan fungsi renal, hypoaldosteronism, leucocytosis, dan thrombocytosis.


Sodium – Seksyen Rutin, Makmal Teras .

Prinsip:

Ion Selective Electrode.
Ukuran kuasa Electromotive (EMF; voltan) pada membrane elektrod akan diambil semasa sampel yang telah dicairkan diletakkan pada elektrod Sodium(Na). Bahan Polyvinyl Chloride (PVC) pada membran elektrod sodium mengandungi pengangkut neutral yang memberikan ruang untuk memerangkap ion sodium.

Spesimen yang Digunakan :
Serum dan plasma

Elektrod yang digunakan :
Elektrod Na

Unit yang digunakan :
Keputusan ujian dikeluarkan dalam unit mmol/L

Anggaran Rujukan :
Plasma sodium 135 – 145 mmol/L

Faktor Klinikal :
Hyponatremia -
1)Pengurangan
-Kegagalan fungsi renal (Diuretics; Hypoaldosteronism; Adisson’s disease)
-Gastrointestinal Diarrhea, muntah, skin burn.
2) Pencairan
-Syndrome of inappropriate ADH (SIADH)
-Generalized edema (congestive heart failure; cirrhosis; nephritic syndrome)
-Hyperglycemia
3)Pseudohyponatremia
-Hyperlipidemia
-Hyperproteinemia

Hypernatremia –
1) Kekurangan air
-Gastrointestinal losses (muntah; diarrhea)
-Peluh yang berlebihan (demam; latihan)
-Diabetis insipidus (Hypothalamic; Nephrogenic)
2) Penambahan sodium
- Pencernaan / penyerapan.
-Hyperaldosteronism ( Conn’s Syndrome)


Urea – Seksyen Rutin, Makmal Teras.

Prinsip:

GLDH Method.

Urea dihidrolisiskan dengan kehadiran air dan urease untuk menghasilkan ammonia dan karbon dioksida. Ammonia daripada tindakbalas kimia ini bergabung dengan 2-oxoglutarate dan NADH dengan kehadiran glutamate-dehydrogenase(GLDH) untuk menghasilkan glutamate dan NAD. Tahap pengurangan aras absorbans berkadar terus dengan aras kepekatan urea dalam jarak masa yang telah ditetapkan.

Urea + 2H2O ------ 2NH4 + CO3
2-oxoglutarate + nh4 + NADH ------- L-glutamate + H2O + NAD


Spesimen yang digunakan :
Serum dan Plasma.

Unit yang digunakan :
Keputusan ujian dikeluarkan dalam unit mmol/L

Anggaran Rujukan :
Plasma Urea 1.7 – 8.3 mmol/L

Faktor Klinikal :

1) Paras meningkat.
-Gangguan pada fungsi glomerular.
-Gangguan pada metabolisma protein yang menyebabkan aras protein tinggi, demam, penyakit-penyakit utama dan stress.
-Penyebab pre-renal, termasuk masalah kitaran renal boleh juga meningkatkan aras urea darah.
-Penyebab post-renal, termasuk sekatan pada pengaliran urin disebabkan masalah batu karang, tumor dan jangkitan yang serius.

2) Paras menurun.
-Diet protein yang
-Severe diarrhea
-Renal dialysis
-Muntah(vomiting)
-Hepatic Insufficiency.

No comments: