Like Blog Ini...

Monday, April 30, 2012

Nikmat dan kemanisan solat berjemaah

Antara sunnah Rasulullah SAW ialah solat berjemaah di masjid. Bagaimana para suami pada hari ini ingin mempraktikkan sunnah tersebut kerana jika suami solat berjemaah di masjid/surau maka si isteri solat berseorangan di rumah. Jadi, sudah pasti si isteri tidak akan dapat pahala solat berjemaah sekiranya suami berjemaah di masjid atau surau?

Jawapan

Islam tidak pernah menghalang para suami solat di rumah atau mengimamkan solat di rumah bersama anak isteri.

Malahan bagi pendapat saya sewajarnya suami mengasingkan hari-hari tertentu untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga.

Ini bukan kerana keluhan suara hati para isteri tetapi peranan menjadi khalifah di rumah adalah dengan mengetuai ahli keluarga dalam melakukan ibadat.

Maka solat adalah talian hayat manusia dengan Allah SWT dan solat berjemaah adalah penyinambungannya.

Maksudnya, kesan daripada solat berjemaah yang dilakukan oleh ahli keluarga pasti membawa keberkatan ibadat dan kehidupan.

Kedudukan hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki telah dibincangkan oleh para ulama, terutamanya ulama fiqh.

Nyata di sini pelbagai pendirian yang dinyatakan oleh mereka, yang boleh saya nyatakan di sini secara ringkas. Pada asasnya hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki terbahagi kepada empat pendapat Pendapat yang mengatakan solat berjemaah fardu kifayah, pendapat kedua; syarat sah solat. Tidak sah solat sendirian melainkan ada keuzuran.

Manakala pendapat ketiga, sunat muakkad dan pendapat keempat ialah fardu ain dan bukan syarat. Setiap pendapat ini ada dalil yang menjadi asas ulama berhujah dengannya.

Perselisihan ini bukan satu perselisihan yang bercanggah tetapi perselisihan yang pelbagai. Di sini kita juga berpeluang melihat bagaimana agama Islam memberi pelbagai keadaan dan hukum terhadap kefarduan solat yang ditunaikan secara berjemaah.

Dalam hal ini kita boleh dapati ada yang akan cenderung kepada salah satu pendapat berikut. Ini tidak bermaksud ada yang salah dan ada yang betul, bagi saya semuanya betul.

Sekiranya ada yang berpendapat solat berjemaah sunat kifayah, ia betul berdasarkan kepada dalil-dalil yang dikemukakan, sekiranya ada yang berpendapat syarat sah solat mungkin pendapat ini juga betul berdasarkan cara dalil-dalil solat berjemaah difahami.

Sunat muakkad, ini juga betul. Persoalan yang utama dan tidak yang diperselisihkan oleh ulama ialah kefarduan solat. Yang paling mesti solat. Bila sudah rajin dan menjaga solat, maka hendaklah berusaha solat berjemaah.

Bagi mereka yang telah mendapati nikmat solat pasti tidak akan tinggalkan solat dan bagi mereka yang telah mendapati nikmat dan kemanisan solat berjemaah pasti akan berusaha sedaya upaya solat berjemaah.

Dua pendapat ulama mengenai hukum solat berjemaah

Saya akan kemukakan dua pendapat daripada empat pendapat ulama mengenai hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki, kerana ruang yang sangat terhad.

* Pendapat Pertama: Pendapat yang mengatakan solat berjemaah fardu kifayah adalah seperti berikut;

Ini pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah, jumhur ulama Syafiiyah terdahulu dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Zahir perkataan Syafii, solat berjemaah hukumnya fardu kifayah. Inilah pendapat kebanyakan ulama terdahulu di kalangan ulama Syafiiyah, Hanafiyah serta Malikiyah." (Fathu al-Bari, jld: 2, hlm: 26) Hujah mereka berdasarkan kepada dalil-dalil berikut;

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian." (Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242 ).

Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: Pulanglah kepada keluarga kalian, dirikanlah solat bersama mereka, ajarlah dan perintahkan mereka (untuk solat). Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika telah masuk waktu solat, hendaklah salah seorang kalian melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam. (Sahih al-Bukhari: 595 dan Muslim: 1080 ).

Sabda baginda dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian 27 darjat. (Sahih al-Bukhari: 60).

Dalam hadis ini jelas baginda menyarankan supaya sahabat balik dan bersolat dengan ahli keluarga. Maksudnya ada kalanya harus bagi seorang Muslim solat bersama ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi bila anak dan isteri perlukan bimbingan si suami atau ayah dalam membimbing mereka dalam solat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim yang bermaksud: Wahai orang yang beriman selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api nereka...(al-Tahrim: 6)

Di dalam mentafsirkan ayat ini para mufassirin (ahli tafsir) berpendapat maksud "menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka" ialah mengajar mereka solat, baca al-Quran dan batasan halal dan haram.

Mendidik ahli keluarga adalah wajib, ia disepakati ulama. Manakala solat berjemaah masih ada pilihan, tetapi mendidik anak isteri tiada pilihan antara sunat muakkad mahupun fardu kifayah, malahan wajib. Kalau gagal didik akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT kerana keluarga adalah amanah Allah SWT.

Namun lebih afdal lagi kalau boleh sama-sama ahli keluarga ke masjid untuk solat berjemaah, kalau tidak selalu pun jadikanlah sebagai rutin mingguan dan bulanan. Terutamanya membawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah dan menghadiri kuliah-kuliah agama.

* Pendapat Kedua: Sunat Muakkad.

Ini pendapat mazhab Hanafi dan Maliki. Imam Ibnu Abdil Barr menisbahkannya kepada kebanyakan ahli fiqh Iraq, Syam dan Hijaz.

Dalil-Dalilnya;

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian 27 darjat. (Sahih al-Bukhari, no: 609 ). Sesungguhnya, orang yang mendapat pahala paling besar dalam solat ialah yang paling jauh jalannya, kemudian yang lebih jauh. Orang yang menunggu solat sampai solat bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang solat, kemudian tidur. Dalam riwayat Abu Kuraib, (disebutkan): sehingga dia solat bersama imam dalam jemaah. (Sahih Muslim, no: 1064 dan Musnad Ahmad, no: 11380).

Tuesday, April 10, 2012

Abu al-Fida pernah diangkat jadi raja

NAMA lengkapnya ialah Ismail bin Afdal Ali bin Al-Muzaffar Mahmud bin al-Mansur Muhammad bin Taqi ad-Din Umar bin Syahansyah bin Ayyub al-Malik al-Mu'ayyad Imaduddin Abu al-Fida atau lebih dikenali sebagai Abu Fida.

Ddilahirkan pada tahun 672 Masihi di Damsyik, beliau merupakan salah seorang seorang cucu keluarga Ayyub, ayah Saladin (Sultan Shalahuddin Al-Ayyubi).

Ketika berusia 12 tahun, Abu Fida telah menyertai rombongan ayahnya serta saudara sepupunya al-Muzaffar Mahmud II, dalam satu penyerbuan terhadap benteng St. John.

Malah beliau juga turut serta dalam penyerbuan pada Perang Salib di Tripoli, Arced dan Qalat ar-Rum.

Lima tahun kemudiannya, ketika berusia 17 tahun, Abu al-Fida turut bertempur melawan tentera-tentera Salib yang menguasai Trablis dan pada tahun 710 Hijrah, beliau telah diangkat menjadi putera mahkota di daerah Hammah dan sekitarnya serta menjadi raja pada tahun 712 Hijrah dengan gelaran al-Malikul Muayyad.

Selain itu beliau merupakan seorang ahli geografi dan ahli sejarah. Setelah memasuki usia tua, beliau telah menghasilkan beberapa karya puitis termasuk sebuah gubahan daripada karya juristik al-Mawardi, yang berjudul Al-Hawi.

Penulisan karyanya banyak menyangkut keagamaan dan subjek-subjek itu telah hampir hilang sebahagiannya. Tetapi dua buah karya besarnya telah berhasil mengangkat reputasinya sebagai salah seorang ilmuwan tersohor.

Keduanya merupakan antologi berukuran besar yang kemudiannya disusun dengan sempurna sekali. Karyanya itu berjudul, Mukhtasar Tarikh al-Basyar, iaitu sebuah buku sejarah antarabangsa yang mencakupi pra-Islam dan sejarah Islam pada tahun 729 Hijrah.

Selain itu, kitabnya yang berjudul Takwin al-Bulan, iaitu sebuah deskripsi geografi yang dilengkapi dengan sejumlah data, matematik, dan fizik turut diiktiraf oleh para ilmuwan yang lain.

Dalam penulisan dan pengkajian itu, Abu Fida banyak membahas dan memberi penjelasan astronomi dan kedudukan bumi. Beliau juga telah menemukan alat yang disebut miqyas yang dapat digunakan untuk mengukur luas beberapa tempat yang berbeza-beza.

Beliau juga sempat menghasilkan sebuah karya yang berjudul, An Abridgement of the History of the Human Race, iaitu sebelum dua tahun pengakhiran hayatnya.

Saling menasihati bina masyarakat sejahtera

Oleh DR. BURHANUDDIN ABDUL JALAL

KITA sering mendengar perkataan nasihat dan kata-kata nasihat. Menurut Kamus Dewan (2002), nasihat bermaksud ajaran, peringatan atau petunjuk yang baik. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Agama adalah nasihat."

Sesungguhnya nasihat merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ia merupakan salah satu alat yang dapat mendidik dan membina masyarakat ke arah yang lebih baik. (rujuk Ali Imran: 110).

Sehubungan dengan itu kita disarankan memberikan nasihat dan menyelesaikan masalah umat yang memerlukan bantuan. Ini bersesuaian dengan prinsip yang telah difirmankan oleh Allah yang bermaksud: ...Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar-Ra'd: 11)

Sebagai umat Islam kita dididik dan dilatih untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan saling menasihati bagi membina umat Islam ke arah yang terbaik.

Walaupun ada ketikanya mungkin nasihat kita tidak dapat diterima oleh orang, tetapi kita perlu menguatkan semangat untuk memberi nasihat dengan penuh keikhlasan sebagai tanda cinta kita kepada Allah SWT.

Kita mungkin bertanya kepada diri kita: "Apakah ganjaran yang diperoleh jika memberi nasihat kepada orang lain?"

Untuk itu mari kita teliti sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tiga orang pertama yang masuk syurga ialah orang yang syahid, seorang yang menjaga kesucian diri dan seseorang yang menyembah Allah dengan baik dan sempurna serta menasihatkan manusia."

Dalam hidup ini mungkin kita sering menjadi orang pertama memasuki masjid, tetapi adakah kita sering menasihati orang lain.

Jika demikian, kita tidak terpilih di antara orang yang pertama masuk syurga, kerana kita tidak memberi nasihat atau peringatan kepada orang lain.

Oleh itu, kita perlu mula untuk menasihati orang lain bersesuaian dengan kemampuan kita dan janganlah pula kita berkata: "Nasihat saya tidak memberi kesan kepada sesiapa dan tidak merubah keadaan." Tetapi yakinlah bahawa usaha itu akan mengubah keadaan atau seseorang dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang. Sesungguhnya masyarakat akan berubah apabila telah biasa mendengar nasihat.

Dalam satu peristiwa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah aku hendak berikrar janji setia bersama Islam, apakah syarat yang perlu dipenuhi?" Lalu Rasulullah bersabda: "Hendaklah memberi nasihat kepada setiap Muslim."

Umar al-Khattab pernah berkata: "Tidak ada kebaikan yang dapat diharapkan dari umat yang enggan untuk saling menasihati dan umat yang tidak mahu menerima nasihat. Semoga Allah merahmati seseorang yang menasihati dari kekeliruan."

Kepada orang-orang yang enggan menerima nasihat, dengarlah firman Allah yang bermaksud: Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah Engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahanam dan demi sesungguhnya, (neraka jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. (al-Baqarah: 206).

Islam sentiasa mengamalkan konsep nasihat menasihati dalam masyarakat dan ini telah berjalan di kalangan umat Islam.

Sehubungan itu, tidak hairanlah bahawa umat Islam pernah mencapai kegemilangan pada masa lalu dan kegemilangan itu perlu dikembalikan dengan kesediaan umat untuk memberi dan menerima nasihat pada masa kini dan akan datang.

Perkasakan masjid sebagai gedung ilmu

Oleh AZHARI ZAINOODDIN

Ragam & pengajaran

PERANAN dan perkembangan masjid sebagai pusat ilmu yang ulung bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir sebuah universiti ternama dunia juga lahir dari sebuah masjid.

"Sejarah telah membuktikan perkembangan masjid sebagai gedung ilmu ini telah memberikan kesan kepada pembangunan ummah seperti mana yang berlaku pada Masjid al-Azhar yang seterusnya berkembang menjadi sebuah universiti terulung di dunia.

"Justeru, kita perlu mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat melahirkan ilmuan Islam di zaman moden kini selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan seperti yang difirmankan Allah," kata Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Persidangan Perpustakaan Masjid peringkat Kebangsaan 2012, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, peranan masjid sebagai gedung ilmu harus dihidupkan semula memandangkan ilmu pengetahuan adalah aspek penting yang sering dititikberatkan di dalam Islam.

Maka, dengan wujudnya perpustakaan masjid itu akan dapat memudahkan umat Islam untuk mendapatkan bahan bacaan, sekali gus meningkatkan tahap pengetahuan.

"Setiap kali mengunjungi masjid, para jemaah boleh meluang masa untuk mengunjungi perpustakaan yang ada bagi memenuhi masa terluang seperti ketika menanti masuknya waktu solat. Manakala ibu bapa yang membawa anak-anak kecil juga boleh memanfaatkan kemudahan yang ada untuk membudayakan amalan membaca kepada anak-anak seawal usia muda mereka lagi.

"Justeru, tidak sepatutnya perpustakaan dan masjid ini dipisahkan daripada kehidupan umat Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pendidikan dan peningkatan iman yang amat diperlukan dalam meningkatkan tahap pengetahuan ummah.

"Selain daripada bersolat, umat Islam boleh memanfaatkan kemudahan yang ada dan kita harap masjid juga memainkan peranan dalam memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan lain yang boleh menarik para jemaah untuk mengimarahkan masjid," kata Zainal Abidin lagi.

Ini bertepatan dengan surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud: Sesungguhnya umat yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)

Pastinya ayat ini memberitahu akan ganjaran yang bakal diberi sekiranya seorang Muslim itu mengimarahkan masjid. Sayangnya, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Biarpun banyak peringatan yang diturunkan supaya kita mengatur langkah menuju ke masjid, pun begitu senario masjid kosong terus berlaku.

Besar, cantik, canggih dan moden adalah antara ciri-ciri masjid di negara kita kini, namun ia masih gagal untuk menarik kunjungan para jemaah sehingga kebanjiran hanya pada waktu-waktu tertentu seperti solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan sambutan Maal Hijrah.

Bahkan fungsi masjid hari ini juga dilihat lebih terarah sebagai tempat ibadat semata-mata tidak seperti zaman Rasulullah SAW dan zaman kegemilangan Islam lampau.

Masjid semasa era kegemilangan Islam dahulu berfungsi sebagai pusat kegiatan ummah yang merangkumi aktiviti muamalah, baik yang bersifat politik, ekonomi, sosial, budaya mahupun pertahanan dan keamanan.

Tidak ketinggalan fungsi masjid ketika itu juga sebagai sebuah gedung ilmu yang merangkumi setiap lapangan dan bukan sekadar tertumpu pada kelas-kelas fardu ain, ceramah dan syarahan keagamaan.

Inilah yang telah mencetuskan idea Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan keperluan fungsi masjid ini diperkasakan selaras dengan kepentingan ilmu terhadap pembangunan ummah, menganjurkan persidangan ini.

Persidangan dua hari itu adalah bertujuan untuk mengembalikan fungsi masjid sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam seperti yang pernah dikecapi dahulu.

Malahan ia juga dilihat sebagai platform perkongsian idea dalam mencari kaedah terbaik bagi merealisasikan penubuhan perpustakaan masjid di negara ini.

Tegas Zainal Abidin, langkah itu penting kerana ia dapat membantu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan seterusnya membudayakan ilmu dan amalan membaca di kalangan umat Islam negara ini.

Menyentuh mengenai perkembangan perpustakaan masjid di negara ini, Zainal Abidin memberitahu ia sememangnya telah mula dibangunkan sejak kebelakangan ini dan Jakim sentiasa berusaha untuk terus memperbanyakkan perpustakaan masjid di seluruh negara.

Katanya, antara masjid yang mempunyai kemudahan perpustakaan ini adalah termasuk Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Wilayah, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan Talasemia

Faktor Risiko dan Langkah Pencegahan.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi Talasemia major atau merupakan pembawa kepada ciri ini adalah sangat berisiko.

Langkah Mencegah Talasemia Major

1. Menjalani penyaringan bagi yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
2. Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
3. Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.



Penjagaan Bagi Pesakit Talasemia

1. Ingatkan kanak-kanak supaya mengelakkan makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan makanan lain yang kaya ferum seperti hati. Ingatlah bahawa ferum dalam daging lebih mudah diserap berbanding sumber-sumber ferum yang lain seperti bijirin dan roti.

2. Sesetengah makanan seperti jus oren boleh meningkatkan penyerapan ferum manakala yang lain seperti teh, hasil tenusu dan kopi boleh mengurangkan penyerapannya. Bagaimanapun, jika anda menggunakan Desferral, anda disyorkan mengambil 250mg vitamin C selepas memulakan infusi untuk meningkatkan keluaran ferum.

3. Kanak-kanak dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual terutama pelalian Hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah seperti Hepatitis B.

4. Sesetengah kanak-kanak yang lebih tua terutama yang telah baligh cenderung mendapat ulser kaki terutamanya di keliling buku lali. Ini disebabkan kekurangan bekalan oksigen pada kulit akibat anemia dan peredaran darah yang lambat apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Dengan itu mereka yang mengalami ulser ini dinasihat mengelakkan diri dari terhantuk buku lali dan memakai stoking dengan melipat bahagian atasnya atau memakai gelung dari kain khas yang tebal untuk melindungi tulang kering.

5. Tingkatkan peredaran darah sebaik mungkin di bahagian buku lali. Ini boleh dilakukan dengan meninggikan kaki melebihi paras jantung. Tidur dengan kaki ditinggikan sedikit dan meletakkan kaki di atas kerusi/sofa ketika berehat, contohnya semasa menonton televisyen.

6. Kebersihan dan kesihatan individu mestilah memuaskan dan kebersihan perlu dipelihara terutama di tempat Desferral disuntikkan/dimasukkan ke dalam badan.

7. Jangan lambat mendapatkan rawatan susulan di hospital atau pemindahan darah. Adalah penting bagi pesakit mengekalkan paras hemoglobin purata sehampir normal yang mungkin supaya tumbesaran yang hampir normal juga diperolehi. Tumbesaran dan perkembangan pesakit mesti diawasi dengan teliti.

8. Talasemia merupakan penyakit yang memerlukan pemahaman tentang genetik dan fisiologi. Adalah penting untuk individu yang mengalaminya dan pembawa ciri ini menjadi ahli Persatuan Talasemia yang aktif bagi menimba pengetahuan dan maklumat terkini daripada mereka yang berkelayakan.

Thalassemia Alpha dan Beta

Talasemia Alfa

Talasemia Alfa disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa. Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada bilangan gen alfa globin yang hilang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemindahan darah sekali-sekala sementara yang lain memerlukan pemindahan darah yang berkala (berterusan). Sesetengahnya pula langsung tidak memerlukan pemindahan darah.

Gen-gen yang bertanggungjawab untuk pembentukan protein alfa terletak pada kromosom 16. Keadaan ini terjadi apabila protein alfa tidak dihasilkan dengan mencukupi akibat proses pemotongan gen. Keadaannya boleh menghasilkan satu spektrum klinikal dari yang tidak serius (pembawa senyap dan Alpha Thalassaemia Trait) kepada keadaan klinikal yang serius seperti penyakit Hemoglobin H dan Alpha Thalassaemia Major (Hydrops Fetalis).

Kesemua ini bergantung kepada tahap keterukan penyakit tersebut. Ia boleh menyebabkan kejadian lahir mati akibat hydrops foetalis (sembab yang teruk di keseluruhan badan bayi yang dikaitkan dengan anemia teruk) jika tiada globin alfa yang dihasilkan semasa hayat janin.



Beta Thalassemia Trait

Apabila seseorang itu tidak menghasilkan protein Beta dengan secukupnya dia dikatakan mempunyai Talasemia Beta. Gen-gen yang terlibat dalam pembentukan protein Beta ini terletak pada kromosom 11 dan kita mewarisi satu gen daripada setiap ibu bapa kita. Jika kita mewarisi satu gen yang tidak normal (manakala yang satu laginya normal) – satu keadaan yang dikatakan sebagai keadaan heterozigus – kita dikatakan sebagai mempunyai Beta thalassemia trait. Gen tidak normal ini boleh menyebabkan protein beta tadi wujud dalam kuantiti yang kecil (Beta +) atau tiada langsung (Beta 0). Apa pun, kekurangan protein Beta ini tidak cukup untuk menyebabkan masalah perubatan yang besar.

Antara ciri-ciri Beta Thalassemia trait:

Pembawa (Talesemia trait) selalunya tidak mempunyai simptom (asimptomatik). Namun demikian, kejadian batu karang jenis bilirubin boleh berlaku di pundi hempedu dan ini mungkin memerlukan pembuangan jika ia menimbulkan masalah. Talasemia trait selalunya dijumpai secara kebetulan apabila seseorang itu menjalani ujian darah. Bilangan sel-sel darah merah seseorang itu selalunya sama ada normal atau kurang sedikit (anemia) dan saiz sel-sel darah merah ini selalunya dilaporkan sebagai mempunyai saiz yang kecil. Seperti keadaan talassemia lain, pengenalpastian dilakukan dengan menjalankan Haemoglobin Electrophoresis.

Kekurangan zat besi boleh memberikan keadaan saiz sel darah merah yang kecil dan talasemia trait ini boleh tersilap diberikan diagnosis sebagai, anemia yang berpunca daripada kekurangan zat besi. Pemberian zat besi kepada individu yang mempunyai talasemia trait tidak akan menyebabkan saiz (serta kuantiti) sel darah merah itu bertambah. Sebaliknya, ia boleh melibatkan seseorang itu terlebih zat besi. Namun demikian, kekurangan zat besi boleh berlaku dalam kehamilan dan perdarahan.

Dalam konteks ini, seseorang yang mempunyai talasemia trait mungkin memerlukan zat besi. Talasemia trait tidak memerlukan apa-apa rawatan dan ia tidak membawa kepada sebarang kemudaratan. Walau bagaimanapun, kaunseling genetik berkenaan dengan sifat keturunan penyakit ini perlu diberikan. Disebabkan penyakit ini yang diwarisi melalui cara autosomal resesif (keabnormalan pada kromosom 11), ada kemungkinan besar yang salah seorang dari ibu bapa pembawa turut menjadi pembawa (mempunyai Beta Thalassaemia Trait juga). Adik-beradik juga mungkin turut menjadi pembawa walaupun sebahagian besar dari mereka mempunyai profil hemoglobin yang normal.

Namun demikian, kejadian talasemia ini pernah dilaporkan terjadi secara mutasi spontan iaitu apabila seseorang itu sahaja yang mempunyai talasemia manakala anggota keluarganya yang lain adalah normal.

Jika suami adalah normal, 50 peratus daripada anak mungkin turut menjadi pembawa (Beta Thalassaemia Trait) dan yang lainnya normal. Jika suami atau isteri adalah pembawa, 50 peratus dari anak mungkin menjadi pembawa, 25 peratus normal manakala yang 25 peratus lagi mungkin mempunyai Beta Thalassemia Major.


Talasemia Beta

Talasemia Beta disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta. Individu yang mewarisi satu gen Talasemia Beta dari ibu atau bapa dikenali sebagai Talasemia minor atau trait (ciri). Talasemia trait bukanlah suatu penyakit dan individu yang mempunyainya boleh meneruskan kehidupan yang dikira normal. Mereka merupakan pembawa kepada gen yang abnormal ini dan selalu digelar 'pembawa Talasemia yang sihat'. Mereka mempunyai paras hemoglobin yang rendah sedikit daripada biasa. Kekurangan ini selalunya lebih ketara ketika hamil. Sel darah merah mereka juga bersaiz kecil sedikit daripada biasa.

Individu yang mewarisi dua gen Talasemia Beta, satu gen abnormal daripada ibu dan satu daripada bapa dikenali sebagai penghidap Talasemia major. Ia merupakan penyakit yang biasa terjadi di Malaysia. Individu Talasemia major menghasilkan rantaian beta globin yang sedikit berbanding normal. Sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana ia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mengalami Anemia diantara 6-18 bulan selepas dilahirkan. Mereka memerlukan pemindahan darah yang berkala untuk meneruskan kehidupan. Kanak-kanak yang tidak dirawat biasanya akan sakit ketika berumur di antara 2-4 tahun. Mereka menjadi pucat, tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar.

Beta Thalassaemia Major

Sementara itu, kalau kedua-dua gen yang diwarisi itu tidak normal (homozigus), kita dikatakan mempunyai Beta Thalassemia Major. Keadaan ini selalunya menyebabkan penurunan sel darah merah yang ketara serta serius dan memerlukan transfusi/pemindahan darah yang kerap.

Seseorang itu akan kelihatan pucat kekuningan dan tulang-tulangnya akan kelihatan tidak normal disebabkan oleh pembentukan sel-sel darah merah yang berlebihan. Transfusi darah yang kerap boleh menyebabkan lebihan zat besi dan menyebabkan kerosakan jantung serta hati. Kerosakan kepada organ-organ endokrin seperti pankreas dan tiroid juga boleh berlaku.

Terapi pengkelatan boleh membantu mengurangkan zat besi yang berlebihan ini dan sekali gus mengurangkan komplikasi kepada organ-organ berkenaan. Pembuangan limpa (splenektomi) dapat membantu mengurangkan kadar transfusi darah. Transplan sum-sum tulang boleh digunakan untuk merawat seseorang yang mempunyai Beta Thalassemia Major.

Penyebab Talasemia Beta major

Talasemia major berlaku apabila gen yang cacat diwarisi daripada kedua-dua ibu dan bapa. Jika ibu atau bapa merupakan pembawa ciri Talasemia, mereka boleh menurunkan ciri ini kepada anak-anak mereka. Jika kedua-dua ibu bapa pembawa ciri tersebut maka anak-anak mereka mungkin merupakan pembawa atau mereka akan menghidap penyakit tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah .



Hemoglobin E/Talasemia Beta

Hemoglobin E mempunyai struktur yang berubah dan kadangkala menunjukkan ciri-ciri yang berubah/berlainan. Hemoglobin E/Talasemia Beta adalah keadaan yang biasa berlaku di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu. Dalam kes ini, individu mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen hemoglobin E yang abnormal masing-masing daripada ibu atau bapa. Ia boleh menyebabkan masalah terhadap individu berkenaan dan pemindahan darah yang berterusan/berkala mungkin diperlukan ataupun tidak.

Darah individu yang menghidap hemoglobin E/Talasemia Beta mengangkut oksigen lebih baik berbanding individu dengan Talasemia Beta sahaja. Oleh itu mereka boleh bertahan dengan paras hemoglobin yang lebih rendah.

Rawatan Yang Boleh Dilakukan Bagi Pesakit Talasemia

Rawatan Bagi Pesakit Talasemia:

Talasemia minor

Rawatan tidak diperlukan.


Talasemia major

1. Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat.

2. Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.

3. Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.

4. Pemindahan Sel Stem daripada darah tali pusat bayi(ahli keluarga).

Nota :

Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.

Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.

Tanda dan Gejala Penyakit Talasemia

Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

Gejalanya (Tanda-tanda)
1. Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
2. Keletihan yang teruk
3. Jaundis.
4. Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
5. Perut yang buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
6. Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Talasemia : Penyakit Genetik Kecacatan Darah

Talasemia adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Setiap tahun, lebih kurang 100,000 bayi di seluruh dunia dilahirkan mengalami Talasemia Major. Talasemia Major paling kerap berlaku di kalangan mereka yang berketurunan Itali, Greek, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Afrika. Nama lain bagi Talasemia Major ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.

Jenis Talasemia

Talasemia minor :
Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major :
Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Kategori Talasemia

Talasemia Alfa:
Talasemia Alfa disebabkan kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.

Talasemia Beta:
Talasemia Beta terjadi apabila seseorang itu tidak menghasilkan protein Beta dengan secukupnya.

Pembawa Di Malaysia

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)


Pesakit Talasemia

Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal

(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)

Penyakit Talasemia Secara Ringkas...

PENGENALAN

Umumnya, terdapat tiga jenis sel dalam darah iaitu sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan sel-sel darah kuning (platelet). Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi.
Penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen. Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut.

Sekiranya badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya. Dalam penyakit talasemia, pengurangan hemoglobin (akibat daripada pengurangan pembentukan globin yang normal tadi), menyebabkan pengurangan sel-sel darah merah secara umumnya dan ini disebut, anemia.

Umumnya, terdapat dua jenis talasemia iaitu Talasemia Alfa dan Talasemia Beta. Terdapat juga bentuk-bentuk lain talasemia yang disebabkan oleh penggabungan gen-gen talasemia alfa atau beta dengan gen-gen tidak normal seperti E Beta Thalassemia dan Sickle Beta Thalassemia.

Beta Thalassemia Trait

Apabila seseorang itu tidak menghasilkan protein Beta dengan secukupnya dia dikatakan mempunyai Talasemia Beta. Penyakit ini kerap dijumpai di kalangan penduduk-penduduk yang berketurunan Mediterranean seperti orang Itali dan Greek, Semenanjung Arab, Iran, Afrika, Asia Tenggara serta selatan China.

Beta Thalassaemia Major

Sementara itu, kalau kedua-dua gen yang diwarisi itu tidak normal (homozigus), kita dikatakan mempunyai Beta Thalassemia Major. Keadaan ini selalunya menyebabkan penurunan sel darah merah yang ketara serta serius dan memerlukan transfusi/pemindahan darah yang kerap.

Talasemia Alfa

Gen-gen yang bertanggungjawab untuk pembentukan protein alfa terletak pada kromosom 16. Keadaan ini terjadi apabila protein alfa tidak dihasilkan dengan mencukupi akibat proses pemotongan gen. Keadaannya boleh menghasilkan satu spektrum klinikal dari yang tidak serius (pembawa senyap dan Alpha Thalassaemia Trait) kepada keadaan klinikal yang serius seperti penyakit Hemoglobin H dan Alpha Thalassaemia Major (Hydrops Fetalis).

Penyakit Talasemia di Malaysia

Talasemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Pesakit talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah dalam darah. Kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disebabkan paras hemoglobin yang rendah.

Di Malaysia, talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia. Dengan itu, dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.

Walau bagaimanapun, talasemia merupakan satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti boleh dicegah dan dikawal sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat. Kunci kejayaan program pencegahan dan kawalan talasemia adalah pendidikan kesihatan yang berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.

Oleh sebab itulah, Hari Talasemia Antarabangsa akan disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi mengukuhkan lagi aktiviti penyebaran maklumat dan pendidikan kesihatan mengenai talasemia serta menyedarkan masyarakat mengenai penyakit ini.

Objektif sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang talasemia dan mengurangkan kadar kejadian kes talasemia di Malaysia. Selain itu , program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum mengenai penyakit talasemia, cara pencegahan dan pengawalannya.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan kumpulan sasar menjalani ujian talasemia. Selain itu, masyarakat umum juga bertanggungjawab untuk mencegah berlakunya diskriminasi terhadap pembawa dan pesakit talasemia. Orang ramai hendaklah sudi untuk memberi sokongan dan motivasi kepada pesakit untuk meneruskan rawatan secara berkala.

Penyediaan Spesimen Cytology Secara Penggunaan Centrifuge

Penyediaan Spesimen Secara Penggunaan Centrifuge:
-Effusion(Pleural, Peritoneal, Pericardial Fluid):

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Goncang supaya sebati, tuangkan spesimen ke dalam tabung uji dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
3. Bagi spesimen berisipadu tinggi, maksima 200 mL akan diproses.
4. Sekiranya terdapat perbezaan makroskopik sebelum dan selepas emparan, buat pembetulan pada catatan makroskopik.
5. Sediakan sekurang-kurangnya dua slaid berlabel.
6. Selepas emparan, ambil supernatant dengan menggunakan pipet dan masukkan ke dalam bekas spesimen.
7. Ambil campuran mendapan dan titikkan di atas slaid yang berlabel.
8. Buat calitan dengan menggunakan spreader. Calitan membulat boleh juga dilakukan dengan menggunakan pipet.
9. Awet satu slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol (Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
10. Satu lagi slaid dikeringkan di udara (Air Dried).

B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen dengan kelajuan 1500 rpm dalam masa lima minit.
6. Jika baki campuran mendapan masih banyak, sila sediakan sel block. Sila baca sejarah klinikal pada borang permintaan.
7. Sekiranya calitan dalam bentuk bulatan terlalu tebal, smearkan semula bulatan tersebut dengan spreader.
8. Awet satu slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Keringkan satu slaid di udara(Air-Dried).
10. Baki spesimen disimpan.
11. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
12. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
13. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
14. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
15. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
16. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).


-URIN:

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Goncang supaya sebati, tuangkan spesimen ke dalam tabung uji dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
3. Bagi spesimen berisipadu tinggi, maksima 200 mL akan diproses.


B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen dengan kelajuan 1500 rpm dalam masa lima minit.
6. Jika baki campuran mendapan masih banyak, sila sediakan sel block. Sila baca sejarah klinikal pada borang permintaan.
7. Sekiranya calitan dalam bentuk bulatan terlalu tebal, smearkan semula bulatan tersebut dengan spreader.
8. Awet DUA slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Keringkan satu slaid di udara(Air-Dried).
10. Baki spesimen disimpan.
11. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
12. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
13. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
14. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
15. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).


-Cecair Cerebrospinal (CSF):

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Goncang supaya sebati, tuangkan spesimen ke dalam tabung uji dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
3. Bagi spesimen berisipadu tinggi, maksima 200 mL akan diproses.
4. Selepas emparan, ambil supernatant dengan menggunakan pipet dan masukkan ke dalam bekas spesimen. Tinggalkan sedikit supernatant untuk dicampurkan dengan mendapan.

B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen Cerebrospinal dengan kelajuan 1000 rpm selama lima minit.
6. Sekiranya calitan dalam bentuk bulatan terlalu tebal, smearkan semula bulatan tersebut dengan spreader.
7. Awet satu slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
8. Keringkan satu slaid di udara(Air-Dried).
9. Baki spesimen disimpan.
10. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
11. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
12. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
13. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
14. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
15. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).


-Sputum(Watery), Bronchial Washing, Bronchial Aveolar Lavage (BAL):

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Goncang supaya sebati, tuangkan spesimen ke dalam tabung uji dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
3. Bagi spesimen berisipadu tinggi, maksima 200 mL akan diproses.
4. Sekiranya terdapat perbezaan makroskopik sebelum dan selepas emparan, buat pembetulan pada catatan makroskopik.
5. Sediakan sekurang-kurangnya dua slaid berlabel.
6. Selepas emparan, ambil supernatant dengan menggunakan pipet dan masukkan ke dalam bekas spesimen.
7. Sekiranya mendapan dalam bentuk mucoid, thick, ambil campuran mendapan dan titikkan di atas dua slaid tersebut.
8. Buat calitan dengan menggunakan spreader. Calitan membulat boleh juga dilakukan dengan menggunakan pipet.
9. Awet dua slaid ke dalam 95% Ethyl Alcohol (Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
10. Baki spesimen disimpan.
11. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
12. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
13. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
14. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
15. Kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
16. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).
17. Sekiranya mendapan dalam bentuk cecair lakukan langkah seterusnya.

B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen dengan kelajuan 1500 rpm dalam masa lima minit.
6. Awet Dua slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed).
7. Baki spesimen disimpan.
8. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
9. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
10. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
11. Kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
12. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).



Penyediaan Spesimen Cecair Badan dan CSF Berdarah:

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Tuangkan spesimen ke dalam tabung uji 50mL dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge, empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
3. Selepas emparan, ambil supernatant dan masukkan ke dalam bekas spesimen.
4. Masukkan 30mL larutan cyolyt ke dalam mendapan dan sebaikan.
5. Empar sekali lagi dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
6. Selepas emparan, buang supernatant dengan menggunakan pipet.
7. Sekiranya mendapan tidak mengalami perubahan, sila terus ke langkah (9).
8. Sekiranya terdapat perubahan pada mendapan, ulangi langkah (4) dan (5). Maksima 3 kali cucian/pretreatment.
9. Sediakan slaid berlabel mengikut jenis sampel.
10. Ambil mendapannya dan titikkan di atas slaid berlabel.
11. Buat calitan dengan menggunakan spreader. Calitan membulat boleh juga dilakukan dengan menggunakan pipet.
12. Awet slaid mengikut jenis sampel dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol sekurang-kurangnya 30 minit.
13. Baki spesimen disimpan.
14. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
15. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
16. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
17. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
18. Kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
19. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).

B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen dengan kelajuan 1500 rpm dalam masa lima minit. Bagi spesimen CSF , empar dengan kelajuan 1000 rpm selama 5 minit.
6. Awetkan slaid ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
7. Keringkan satu slaid di udara(Air-Dried) mengikut jenis spesimen.
8. Baki spesimen disimpan.
9. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
10. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
11. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
12. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
13. Kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
14. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).


Penyediaan Spesimen Cecair Badan Bermukus/Mucoid:

A) Peringkat Pertama-Penggunaan Universal Centrifuge:

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Tuangkan spesimen ke dalam tabung uji 50mL.
3. Sediakan Wash Solution iaitu campuran 27mL Cytolyt dan 3mL glacial acetic acid. Asid tidak boleh direct contact dengan spesimen.
4. Masukkan Wash Solution ke dalam tabung uji (2) dan sebatikan.
5. Vortex spesimen dengan kelajuan maksimum 2200 rpm selama 5 minit.
6. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
7. Sediakan slaid berlabel mengikut jenis sampel.
8. Selepas emparan, ambil supernatant dengan menggunakan pipet dan masukkan ke dalam bekas spesimen.
9. Ambil campuran mendapan dan titikkan di atas slaid yang berlabel.
10. Buat calitan dengan menggunakan spreader. Calitan membulat boleh juga dilakukan dengan menggunakan pipet.
11. Awet satu slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol (Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
12. Baki spesimen disimpan.
13. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
14. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
15. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
16. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
17. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
18. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).
19. Sekiranya mendapan dalam bentuk cecair, lakukan langkah seterusnya.


B) Peringkat Kedua-Penggunaan Cytospin Centrifuge:

1. Sediakan dua slaid berlabel.
2. Klipkan slaid pada slaid klip bersama dengan cytofunnel berkad turas.
3. Letakkan 3-4 titik baki campuran mendapan di peringkat pertama ke dalam cytofunnel.
4. Letakkan gabungan slide clip dan cytofunnel ke dalam cytospin centrifuge.
5. Empar spesimen dengan kelajuan 1500 rpm dalam masa lima minit.
6. Jika baki campuran mendapan masih banyak, sila sediakan sel block. Sila baca sejarah klinikal pada borang permintaan.
7. Sekiranya calitan dalam bentuk bulatan terlalu tebal, smearkan semula bulatan tersebut dengan spreader.
8. Awet satu slaid dengan segera ke dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Keringkan satu slaid di udara(Air-Dried).
10. Baki spesimen disimpan.
11. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi slaid Wet Fixed.
12. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi slaid Air-Dried.
13. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
14. Label sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
15. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
16. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slaid folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Fine Needle Aspiration).



Penyediaan Blok Paraffin (Cell Block):

A) Thermo Shandon Cytoblock Method:
- Untuk Spesimen Cecair Badan:

1. Goncang spesimen supaya sebati, tuangkan spesimen ke dalam tabung uji dan masukkan ke dalam Universal Centrifuge. Empar dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
2. Bagi spesimen berisipadu tinggi, maksima 200 mL akan diproses.
3. Sediakan sekurang-kurangnya dua slaid berlabel.
4. Masukkan Saccomanno Fixative ke dalam mendapan. Biarkan selama 2 jam.
5. Empar dalam Universal Centrifuge, dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
6. Selepas emparan, buang supernatant dan masukkan 10% formalin ke dalam tabung uji. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.
7. Empar sekali lagi dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit. Buang supernatant, tinggalkan sedikit untuk dicampur dengan mendapan.
8. Sediakan keperluan cytospin centrifuge.
9. Label kaset cytoblock.
10. Titiskan tiga titik reagent 1 pada bahagian tengah permukaan kaset cytoblock.
11. Klipkan kaset cytoblock dan cytofunnel berkad turas pada cytoclip.
12. Masukkan mendapan ke dalam cytofunnel dan empar dengan kelajuan 1500 rpm selama 5 minit.
13. Apabila cytospin berhenti, keluarkan cytofunnel dan kaset cytoblock dari cytoclip.
14. Titiskan satu titik reagent 2 pada mendapan di dalam kaset cytoblock.
15. Tutup kaset cytoblock dan rendamkan ke dalam 10% formalin.
16. Hantar ke unit Histopatologi bersama-sama dengan borang permintaan pencelupan khas untuk proses selanjutnya.



- Untuk Spesimen Aspirat FNA:

1. Masukkan kandungan aspirat FNA ke dalam tabung uji yang telah diisi dengan Saccomanno Fixative. Biarkan selama 2 jam.
2. Sediakan sekurang-kurangnya dua slaid berlabel.
3. Empar dalam Universal Centrifuge, dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
4. Selepas emparan, buang supernatant dan masukkan 10% formalin ke dalam tabung uji. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.
5. Empar sekali lagi dengan kelajuan 3000 rpm selama 5 minit. Buang supernatant, tinggalkan sedikit untuk dicampur dengan mendapan.
6. Sediakan keperluan cytospin centrifuge.
7. Label kaset cytoblock.
8. Titiskan tiga titik reagent 1 pada bahagian tengah permukaan kaset cytoblock.
9. Klipkan kaset cytoblock dan cytofunnel berkad turas pada cytoclip.
10. Masukkan mendapan ke dalam cytofunnel dan empar dengan kelajuan 1500 rpm selama 5 minit.
11. Apabila cytospin berhenti, keluarkan cytofunnel dan kaset cytoblock dari cytoclip.
12. Titiskan satu titik reagent 2 pada mendapan di dalam kaset cytoblock.
13. Tutup kaset cytoblock dan rendamkan ke dalam 10% formalin.
14. Hantar ke unit Histopatologi bersama-sama dengan borang permintaan pencelupan khas untuk proses selanjutnya.



B) Plasma Thrombin Clot Method:
- Untuk Spesimen Cecair Badan dan FNA:

1. Masukkan spesimen ke dalam Universal Centrifuge dan empar pada kelajuan 3000 rpm selama 5 minit.
2. Selepas emparan, buang supernatant. Masukkan 5 hingga 10 titik plasma ke dalam mendapan dan sebatikan.
3. Masukkan 5 hingga 10 titik thrombin pada mendapan dengan menggunakan pasteur pipet.
4. Sebatikan dan biarkan ia beku dalam masa 5 minit.
5. Masukkan 10% formal saline dan biarkan selama 15 minit.
6. Hantar ke unit Histopatologi bersama-sama dengan borang permintaan pencelupan khas untuk proses selanjutnya.

Penyediaan Spesimen Cytology Secara Direct Smear

Penyediaan Spesimen Secara Direct Smear:

-Sputum(Mucoid):

1. Periksa dan buat catatan makroskopik ke atas spesimen.
2. Sediakan slaid berlabel.
3. Periksa spesimen dan pilih tempat yang mencurigakan seperti terdapat darah.
4. Letak spesimen ke atas slaid pertama dengan menggunakan pipet.
5. Letak satu slaid ke atas slaid yang mengandungi spesimen tersebut, tekan dan tarik perlahan-lahan ke atas spesimen hingga ke hujung slaid. Calitan boleh juga dilakukan dengan gerakan memanjang atau bulatan.
6. Ulang untuk slaid yang berikutnya.
7. Baki spesimen disimpan.
8. Awet slaid dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi calitan Wet Fixed.
10. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
11. Label stiker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
12. Kes-kes segera diasingkan dan diletakkan di hadapan diikuti dengan kes-kes bukan segera.
13. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slide folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Gynaecological dan Aspirat Fine Needle).

-Aspirat(Fine Needle Aspiration):

1. Sediakan slaid berlabel.
2. Letakkan spesimen di atas slaid.
3. Buat calitan dengan menggunakan spreader.
4. Beberapa calitan diawet di dalam 95% Ethyl Alcohol (Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit. Satu coplin jar untuk satu spesimen digunakan bagi mengelakkan percampuran sampel.
5. Keringkan beberapa calitan di udara (Air Dried).
6. Bagi pencelupan khas, buat calitan di atas slaid polysine dan diawet di dalam 95% Ethyl Alcohol(Wet Fixed) sekurang-kurangnya 30 minit.
9. Bagi pencelupan khas, slaid atau sel blok akan dihantar ke unit Histopatologi bersama-sama dengan borang permintaan untuk proses selanjutnya.
10. Lakukan pencelupan Papanicolaou bagi calitan Wet Fixed.
11. Lakukan pencelupan May Grunwald-Giemsa bagi calitan Air Dried.
12. Mount slaid dengan menggunakan Depex.
13. Labelkan sticker dan lekatkan mengikut nombor Accession dan nama pesakit.
14. Slaid bersama-sama borang permintaan ujian diletakkan di dalam slide folder dan asingkan daripada jenis sampel yang lain. (Non-Gynaecological dan Gynaecological).
15. Sekiranya spesimen dalam bentuk cecair badan( cyst/fluid), proses mengikut prosedur cecair badan.

Pemprosesan sampel non-Gynae Cytology

Secara keseluruhan, pemprosesan sampel non-Gynae bermula daripada proses penerimaan sampel, pelabelan, demografi, pemeriksaan makroskopik, pemprosesan sampel dan yang terakhir adalah proses pewarnaan slaid melalui teknik pencelupan yang tertentu.

Pemeriksaan makroskopik akan dijalankan untuk ciri-ciri berikut:
a)Warna:
1)Tidak berwarna
2)clear
3)Reddish
4)Brown
5)Yellow
6)Pale yellow

b) Tekstur spesimen:
1)Tebal(thick)
2)Creamy
3)Watery
4)Bloody
5)Mucoid
6)Turbid

c)Lain-lain:
1)Blood clot,
2)Soft solid tissue.

Pemprosesan spesimen non-Gynae bergantung kepada jenis sampel dan melibatkan beberapa peringkat pengemparan bagi mendapatkan sampel yang dikehendaki. Selepas spesimen diproses dan dijadikan slaid, proses pewarnaan akan dijalankan dengan menggunakan pencelupan May Grunwald-Giemsa dan Diff Quick.

Pemprosesan spesimen non-Gynae Makmal Sitologi

Pemprosesan spesimen Sitologi yang melibatkan sampel non-Gynae memiliki beberapa teknik dan prosedur. Teknik penyediaan spesimen Sitologi ini digunakan bagi memproses spesimen sitologi supaya pengumpulan sel daripada spesimen dapat dimaksimumkan. Teknik yang digunakan bergantung kepada jenis spesimen.

Spesimen Sitologi non-Gynae yang kerap diterima adalah seperti sputum, urin, aspirat fine needle(FNAC), dan cecair badan seperti cecair peritoneal, pleural, pericardial, synovial fluid, bronchiol washing dan sebagainya.

Pemprosesan spesimen non-Gynae juga penting untuk mengesan kehadiran sel malignan dan kaedah ini boleh memberikan keputusan yang lebih tepat berbanding kaedah biopsi. Kaedah ini sering digunakan untuk tujuan penyaringan bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser dan peringkat-peringkatnya. Tambahan pula, teknik pengambilan sampel ini lebih mudah berbanding biopsi.

Pencelupan Diff Quick Makmal Sitologi

Pencelupan Diff Quick :

A) Prinsip:

Pencelupan Diff Quick adalah merupakan salah satu teknik pencelupan rapid untuk smear sitologi yang dikeringkan di udara (Air Dried). Teknik pencelupan ini digunakan untuk melihat tahap cellularity dan juga untuk mendiagnosis sampel sel daripada Fine Needle Aspirates (FNA).

B) Spesimen:

1) Hanya sesuai untuk smear yang dikeringkan di udara (Air Dried Smear).
2) Selalunya digunakan bagi Smear Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC).


C) Prosedur:

1. Fiks smear di dalam Methanol selama 5 saat.
2. Letakkan smear secara melintang di atas rod kaca di sinki.
3. Banjirkan smear dengan larutan Diff Quick 1 selama 5 saat.
4. Banjirkan smear dengan larutan Diff Quick 2 selama 5 saat.
5. Bilas smear dengan air paip ataupun dengan larutan buffer pH 6.8.
6. Keringkan slaid di udara.
7.Mount slaid dengan Depex.

D) Keputusan:

1. Nukleus : Biru
2. Sitoplasma : Biru muda.

E) Reagent yang Digunakan:

1. Methanol.
2. Diff Quick Solution 1.
3. Diff Quick Solution 2.

Pencelupan May Grunwald-Giemsa (MGG)

Pencelupan May Grunwald-Giemsa (MGG) :

A) Prinsip:

Pencelupan May Grunwald-Giemsa ataupun MGG adalah merupakan salah satu teknik pencelupan rutin untuk smear sitologi yang dikeringkan di udara (Air Dried). Teknik pencelupan ini dapat memperjelaskan saiz sel yang berbeza daripada pelbagai jenis sel. Teknik ini juga dapat menunjukkan secara jelas tahap pembesaran nukleus sel, yang menjadi kriteria penting dalam pendiagnosan sel kanser(Malignancy).

B) Spesimen:

1) Sesuai untuk smear yang dikeringkan di udara (Air Dried Smear).
2) Non-Gynaecological cytology, body fluid, Tzanck Smear.
3) Smear bagi Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC).

C) Prosedur:

1. Fiks smear di dalam Methanol selama 30 minit.
2. Letakkan smear secara melintang di atas rod kaca di sinki.
3. Banjirkan smear dengan larutan May Grunwald selama 10 minit.
4. Bilas smear dengan air paip ataupun dengan larutan buffer pH 6.8.
5. Banjirkan smear dengan larutan Giemsa selama 10 minit.
6. Bilas smear dengan air paip ataupun dengan larutan buffer pH 6.8.
7. Keringkan slaid di udara.
8.Mount slaid dengan Depex.

D) Reagent yang Digunakan:

1. Stok Larutan May Grunwald (Stok Komersial). (Pencairan 1:1)
2. Stok Larutan Giemsa (Stok Komersial). (Pencairan 1:9)
3. Phosphate Buffer pH 6.8 (Stok Komersial).
4. Methanol sebagai larutan fiksatif.

Keputusan:

1. Nukleus : Biru
2. Sitoplasma : Merah jambu.

E) Kawalan Kualiti:

1. Slaid dilabel dengan betul.
2. Smear yang dibuat hendaklah nipis dan disebarkan secara sama-rata.
3. Rekodkan borang QC pencelupan sitologi harian selepas proses pencelupan selesai.

Jenis Produk Bagi Perkhidmatan Pembekalan Darah Yang Disediakan di Blood Bank

Jenis Produk Bagi Perkhidmatan Pembekalan Darah Yang Disediakan:

1. Red Blood Cell:
-Whole Blood
-Buffy Coat Poor Whole Blood
-Packed Cell
-Buffy Coat Poor Packed Cell
-Emergency O
-Paediaric Aliquots(Packed Cells)

2. Komponen Plasma:
-Cryoprecipitate
-Fresh Frozen Plasma
-Cryosupernatant

3. Platelet Concentrate:
-Random Platelet
-Apheresis Platelet

4. Lain-lain:
-Irradiated Cellular Component
-Rh Negative
-Produk-produk lain

Penerimaan Permintaan Bagi Stok Darah & Komponen Darah

Penerimaan Permintaan Bagi Stok Darah & Komponen Darah

Apabila makmal tabung darah menerima permintaan bagi pembekalan stok darah dan komponen darah daripada hospital, unit Inventori hendaklah memastikan dua borang permohonan & pembekalan darah diterima sama ada melalui faks ataupun melalui porter hospital. Makmal tabung darah menerima permintaan bekalan darah daripada hospital kerajaan & hospital swasta. Nama hospital yang melakukan permintaan bekalan darah hendaklah diketahui.

Borang permintaan yang lengkap dan memenuhi kriteria sahaja yang akan diterima. Borang permintaan hendaklah memiliki maklumat berikut:
-Nama hospital
-Nombor daftar
-Nama pegawai yang membuat pesanan
-Nama pegawai yang boleh dihubungi
-Kod MO(Medical Officer Code)
-Nama pesakit
-R/N (Registration No.)
-Diagnosis
-Kumpulan darah(Blood Group)
-Nama Porter

Borang permohonan & pembekalan stok darah hendaklah ditandatangani dan dicop. Maklumat berkaitan seperti tarikh hendaklah turut sama ditulis pada borang. Rekodkan maklumat penting dan tarikh pada borang permohonan & pembekalan stok darah.


Jenis Perkhidmatan Pembekalan Darah Yang Disediakan Adalah Seperti Berikut:

1. Untuk Simpanan Stok:
-Diluluskan untuk hospital-hospital yang mempunyai kemudahan simpanan yang lengkap dalam makmal ‘Grouping & Crossmatching’ termasuk Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlatih.

2. Case By Case:
-Diluluskan untuk hospital yang mempunyai makmal ‘Grouping & Crossmatching’ termasuk Juruteknologi Makmal yang terlatih, tetapi tidak mempunyai kemudahan simpanan stok bekalan darah yang lengkap.

3. Pembekalan Termasuk ‘Grouping & Crossmatching’:
-Diluluskan untuk hospital-hospital yang tidak mempunyai makmal ‘Grouping & Crossmatching’. Tabung Darah akan membekalkan darah termasuk ujian ‘Grouping & Crossmatching’. Bagaimanapun, hospital ini perlu juga mempunyai sekurang-kurangnya satu Counter Top Blood Fridge.

Penyimpanan Stok Darah & Komponen Darah

A) Penyimpanan Stok ‘Whole Blood’:

-Susun beg darah di atas rak besi secara menegak mengikut jenis darah.
-Sediakan label ID rak.
-Cetak tarikh pengumpulan & tarikh luput pada label ID rak.
-Letakkan label ID rak pada bahagian depan rak besi.
-Masukkan semua sampel darah ke dalam bilik sejuk beku atau peti sejuk beku yang terdapat di makmal.
-Letakkan Rh Negatif, ‘Whole Blood’ bertapis, Emergency O, Pedi Pack & Red Cell Apheresis di atas rak yang sesuai mengikut jenis darah.
-Susun rak sampel mengikut tarikh luput beg darah. Pastikan susunan stok darah baru di bahagian belakang, manakala stok darah lama di bahagian depan.
-Baca paparan digital suhu pada peti sejuk beku dan pastikan suhu pada paparan di bilik sejuk beku adalah antara 2ºC hingga 6ºC.


B) Penyimpanan Stok Random Platelet:

-Buka pintu mesin ‘Platelet Agitator’.
-Letakkan ‘Random Platelet’ pada rak yang sesuai di dalam Platelet Agitator.
-Susun Random Platelet mengikut tarikh luput dan jangan letakkan jumlah beg darah melebihi 12 beg.
-Tutup pintu mesin Platelet Agitator.
-Pastikan suhu pada mesin Platelet Agitator berada pada bacaan antara 20ºC hingga 24ºC.


C) Penyimpanan Stok Platelet Apheresis:

-Letakkan Platelet Apheresis di dalam Platelet Agitator.
-Pastikan Platelet Agitator berfungsi dengan baik.
-Pastikan suhu pada mesin Platelet Agitator berada pada bacaan antara 20ºC hingga 24ºC.


D) Penyimpanan Stok Komponen Plasma:

-Susun komponen plasma di atas rak besi yang sesuai mengikut jenis kumpulan darah.
-Buka peti sejuk beku / Ultra Low Freezer / atau bilik sejuk beku.
- Susun rak sampel mengikut tarikh luput beg darah. Pastikan susunan stok darah baru di bahagian belakang, manakala stok darah lama di bahagian depan.
-Tutup peti sejuk beku atau bilik sejuk beku tadi.
-Baca dan pastikan suhu pada peti sejuk beku berada pada bacaan suhu yang betul.

Kriteria Penerimaan dan Penolakan Stok Darah & Komponen Darah

Kriteria Penerimaan dan Penolakan Stok Darah & Komponen Darah

Semua stok darah & komponen darah yang diterima daripada unit komponen darah atau hospital lain hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1-Setiap beg darah mestilah memiliki label. Label tersebut pula hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:
-Nombor barkod beg darah
-Kumpulan darah ABO & Rh
-Nama produk
-Tarikh pengumpulan
-Tarikh luput
-Label ‘Screened’
- Suhu penyimpanan produk
2-Label dan nombor barkod pada beg darah hendaklah jelas dan boleh dilihat.
3-Beg darah hendaklah sentiasa berada dalam keadaan baik. Tiada kerosakan pada beg darah atau pada label.
4-Produk dan nama produk pada bahagian label hendaklah sama.


Semua stok darah & komponen darah perlu ditolak di atas sebab-sebab berikut:

1-Produk atau beg darah tidak mempunyai label.
2-Produk atau beg darah memiliki label, tetapi maklumat pada label tidak mencukupi.
3-Sebarang perbezaan antara nombor barkod beg darah dengan nombor barkod pada borang.
4-Sebarang perbezaan antara tarikh pengumpulan dengan tarikh luput yang telah ditetapkan.
5-Sebarang perbezaan antara jenis kumpulan darah yang tercatat pada beg darah dengan jenis kumpulan darah yang tercatat pada borang.
6-Sebarang perbezaan antara produk dalam beg darah dengan jenis produk yang tercatat pada borang.
7-Jika alat pengimbas barkod tidak boleh mengimbas nombor barkod.
8-Jika nombor barkod tidak jelas dan tidak boleh dibaca dengan mata kasar.
9-Jika terdapat sebarang keraguan pada produk dan beg darah, rujuk kes kepada ketua unit untuk tujuan pengesahan.

Unit pengurusan Inventori di makmal tabung darah

Unit pengurusan Inventori di makmal tabung darah berperanan untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pihak hospital. Setiap tabung darah perlu mengekalkan simpanan darah ABO dan darah Rh negatif bagi kes-kes kecemasan yang mendesak. Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti apabila sesebuah hospital membuat permintaan stok darah dan komponen darah.

Tempoh pengumpulan darah tidak terlalu ditekankan bagi pemilihan beg-beg darah, sebaliknya polisi atau kaedah ‘first in first out’ hendaklah diterapkan. Setiap tabung darah di hospial perlu menyediakan jadual MSBOS(Maximum Surgical Blood Ordering Schedule) sendiri untuk keperluan mereka.

Setiap tabung darah hendaklah menyediakan sistem penghantaran darah yang berkesan dan boleh dipercayai. Sistem pemantauan bekalan darah hendaklah disediakan bagi memastikan pengurusan inventori yang berkesan dan efektif. Jumlah penyimpanan unit darah dan komponen darah yang optimum oleh dikira dengan berbagai-bagai kaedah.

ARTRITIS : Bukan penyakit orang tua

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

ARTRITIS sentiasa dikaitkan dengan mereka yang sudah berumur. Tetapi, ramai yang tidak sedar artritis boleh menyerang pada semua peringkat umur termasuk golongan muda dan kanak-kanak.

Tanda-tanda awal biasanya menunjukkan sendi jari yang kaku dan bengkok, kekejangan pada sendi kaki atau bengkak serta benjolan pada sendi tangan.

Namun, orang ramai sering mengabaikan simptom tersebut.

Ini kerana sakit sendi sering dikaitkan dengan proses penuaan.

Hakikatnya, tanggapan ini harus diperbetulkan.

Pakar Ortopedik dan Pembedahan Tulang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, artritis boleh berlaku pada segenap lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

“Artritis adalah satu terma perubatan yang merujuk kepada keradangan pada bahagian sendi. Sendi boleh menjadi merah, bengkak, kejang, panas, sangat sakit dan tidak boleh bergerak,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang, Selangor baru-baru ini.

Tambah Dr. John, artritis merupakan satu kumpulan penyakit sendi yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu osteoartritis, reumatoid artritis, septic artritis (jangkitan kuman) dan reactive artritis (sementara).

“Sakit sendi mungkin kekal atau berulang dengan terjadinya kelembutan pada sendi. Sakit tersebut boleh menyerang sendi siku, bahu, lutut dan tangan,” katanya.

Dr. John memberitahu, artritis pada lutut, kesakitan yang dialami pesakit seolah-olah tiada rasa sokongan dalam kaki. Manakala sesetengah kes berlaku apabila jangkauan pergerakan yang terhad terutamanya pada bahu dan lengan.

Keadaan ini menyebabkan pesakit sukar untuk menggerakkan sendi dan mengalami kehilangan kekuatan atau tenaga pada otot yang dijangkiti.

Justeru, pesakit perlu berjumpa doktor untuk diagnosis.

Bagi golongan muda, mereka sering diserang reactive artritis yang bersifat sementara dan akan sembuh.

Sementara itu, kanak-kanak yang menghidap juvenile reumatoid artritis memerlukan rawatan jangka masa panjang.

“Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kerosakan sendi dan kesakitan,” katanya.

Kenali keguguran berulang

SOALAN

Dr, saya ingin mengetahui apakah punca keguguran berulang? Adakah seseorang yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan khusus. Sekiranya dia berjaya mengandung, adakah dia perlu berehat atau memerlukan penjagaan rapi.

- Madam G, Johor

Jawapan:

Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku. Ia berlaku dalam lebih kurang 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan kehamilan. Sekiranya seseorang wanita mengalami keguguran, bukan bermakna mereka tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan. Namun begitu, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi sesetengah wanita. Ada dalam kalangan wanita yang berjaya mengandung tetapi mengalami keguguran yang berulang kali.

Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya lumrah hidup. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut maka keguguran ini dikenal sebagai keguguran 'habitual'. Setiap kali wanita ini hamil, pengalaman keguguran yang lepas akan sentiasa menghantui pemikiran mereka. Masalah sebegini sudah tentu memberi impak yang negatif, khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat.

Malangnya, agak susah untuk kita ketahui dengan tepat kenapa wanita mengalami kejadian ini. Kenyataannya, lebih dari 50 peratus pasangan tidak akan mengetahui apa yang menyebabkan keguguran ini berlaku. Semasa keguguran berlaku, biasanya seseorang wanita akan mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan yang sedikit sahaja. Meskipun begitu, tak semestinya keguguran yang berlaku mengeluarkan darah.

Punca Keguguran

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor atau punca yang disabitkan dengan keguguran berulang, faktor utama adalah kerana kebanyakan keguguran dikaitkan dengan masalah dengan janin itu sendiri yang mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik. Janin memerlukan kromosom yang sihat dan tersusun dengan sempurna. Walau bagaimanapun, mungkin timbul keadaan di mana kromosom tersebut tertinggal atau tersalah kedudukannya semasa pembentukan janin sebaik sahaja selepas persenyawaan. Hasilnya, janin itu akan mati sejak dari awal lagi.

Ia juga mungkin berpunca dari penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan seperti endometriosis dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriosis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara empat hingga lima bulan.

Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung adalah salah satu penyebab keguguran berulang. Wanita yang mengandung kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, malangnya mereka mengalami keguguran. Diagnosis dibuat dari darahnya yang diperiksa, didapati ia dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus, iaitu cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan juga rubella. Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Rawatan

Sebenarnya tiada perawatan khusus bagi masalah sebegini. Pada kebiasaannya, selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian yang dilakukan mendapati wanita tersebut mengalami masalah yang tertentu, contohnya diabetes yang tidak dikawal, maka beliau akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan diabetes dengan mengawal aras glukosa darah pada aras yang paling optimum sebelum mengandung.

Seseorang wanita yang ingin mengandung sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin dari usia awal kandungan. Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi atau mengambil cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stres dari segi fizikal dan mental. Wanita tersebut juga mungkin diberikan ubat progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.

Mereka juga perlu mempunyai semangat yang kuat dan jangan melayani pemikiran negatif yang sudah tentu boleh menimbulkan kemudaratan. Jangan terlalu risau dan mereka perlu menenangkan fikiran kerana kemungkinan kehamilan akan berjalan seperti biasa dan berjaya melahirkan bayi yang sihat.

Bersenam untuk sihat

DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.

Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.

“Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba”, nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

“Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu”, tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Manfaat Aktiviti Fizikal

“Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.

- Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.

- Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.

*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya.

" Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.

Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif.

- Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya.

- Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta.

- Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai.

- Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda.

- Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.

Huawei Ascend D : Lebih nipis dan ringan

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya.

Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia.

Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi.

Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak.

"Apa yang pasti Ascend D mampu memenuhi semua kriteria tersebut dan pada januari lalu, pihak Huawei telah menerima anugerah untuk model Huawei Ascend P1 S di Pameran Peralatan Elektronik untuk pengguna bagi kategori telefon pintar ternipis di dunia.

"Ascend D quad memiliki skrin sesentuh pada kadar definisi 720p dan dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik mampu memberikan paparan yang jelas dan terang biarpun berada di bawah terik mentari. dijana oleh 32 bit bagi pemproses warna grafik," katanya.

Ia juga dilengkapi bersama teknologi suara Dolby 5.1 Surround Sound and Audience EarSmart™ untuk pengalaman mendengar lagu yang sebenar.

Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi bersama kamera pandangan belakang 8 dan 1.3 megapiksel bagi pandangan hadapan serta rakaman video penuh HD 1080p.

Dengan ketebalan hanya 8.9 milimeter (mm) dan panjang 64 mm, Ascend D membuktikan peranti yang terbaik tidak semestinya bersaiz yang besar.

Ia memiliki kerangka yang nipis di samping ringan, kompak dan skrin seluas 4.5 inci menjadikan 'kehadiran' Ascend D seolah-olah tidak terasa.

Bagaimana sekali pun hebat rekaan luarannya ternyata apa yang perlu atau penting dititik beratkan adalah sistem operasinya dan Ascend D dijana oleh Android 4.0.

Seterusnya Ascend D turut dikeluarkan bersama siri antaranya adalah Ascend D quad XL dan Ascend D1.

Ascend D quad XL didatangkan bersama saiz setebal 10.9 mm, bateri 2500mAh yang mana mampu bertahan selama dua hingga tiga hari secara berterusan dalam penggunaan yang normal.

Manakala Ascend D1 dijana oleh CPU 1.5 GHz dual-core dan bateri 1670mAh dan kedua-dua siri tersebut boleh diperolehi di China, Australia, Eropah, Asia Pasifik, Utara dan Selatan Amerika Syarikat juga di Timur Tengah bermula bulan ini.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Huawei di www.huaweidevice.com

PlayBook 2.0 lebih unggul

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

PENGGUNA komputer tablet BlackBerry PlayBook kini boleh menikmati pengalaman bekerja dan berhibur secara lebih lancar menerusi pengenalan sistem operasi baru peranti itu, PlayBook OS 2.0.

Penambahbaikan platform tersebut merangkumi aplikasi pelayaran web, multimedia, sokongan kepelbagaian operasi secara serentak dan perkhidmatan komunikasi lebih efisien.

Ia termasuk integrasi akaun e-mel kerja dan personal pengguna serta mesej daripada laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang boleh capai hanya pada satu hab.

Tidak cukup dengan itu, laman web sosial para pengguna juga akan dipautkan secara bersama dengan kalendar aktiviti serta senarai kontak secara automatik untuk kemudahan capaian pada bila-bila masa.

Daripada segi produktiviti mobiliti pula, PlayBook OS 2.0 menawarkan fungsi mengedit dokumen melalui aplikasi Print To Go dan BlackBerry Balance.

Perisian tersebut turut tersedia bersama paparan papan kekunci maya yang pastinya akan membantu pengguna melaksanakan sesuatu tugas.

Untuk aplikasi BlackBerry Bridge yang menyambungkan PlayBook dan peranti telefon pintar BlackBerry menerusi Bluetooth, pengguna berpeluang mengakses e-mel, laman web dan foto dengan saiz lebih optimum.

Malah menerusi pengintegrasian itu juga, telefon BlackBerry yang disokong oleh sistem operasi OS7 boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh seperti papan kekunci dan tetikus untuk mengawal Playbook.

Akhir sekali, PlayBook OS 2.0 turut menawarkan beribu-ribu aplikasi baru dalam pelbagai kategori tersedia pada platform BlackBerry App World.

Pengguna yang ingin mengemas kini perisian BlackBerry PlayBook OS 2.0 boleh memuat turunnya secara percuma di platform yang sama.

Ancaman keselamatan Android

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan ‘jangkitan’ dan ‘perebakan’ yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya.

Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, ‘jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah’.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.

SMS Trojans

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung.

Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman.

Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya.

Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.

Aplikasi Preloaded

Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi ‘diadun’ bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.

Kedai palsu Google Play

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya.

Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.

Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan.

Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.

Peringatan palsu

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi ‘Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.’

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

Tarikan Lumia

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

MELENGKAPKAN siri telefon pintar bagi portfolio Lumia, syarikat teknologi Nokia baru-baru ini tampil dengan dua lagi model terkini iaitu Nokia Lumia 900 dan Nokia Lumia 610.

Kedua-dua model yang masih mengaplikasi sistem operasi Windows itu dilihat bakal melengkapkan strategi Nokia dalam penawaran fungsi hiburan komprehensif kepada pengguna.

Nokia Lumia 900 tersedia bersama paparan skrin AMOLED ClearBlack 4.3 inci dengan fungsi sentuhan mudah dan menyeluruh.

Kameranya pula dilengkapi dengan spefikasi eksklusif seperti lensa Carl Zeiss, apartur bersaiz besar untuk prestasi rakaman terbaik di bawah pencahayaan rendah serta rakaman imej bersudut luas dengan nisbah 16:9.

Lebih menarik, model berkenaan disempurnakan bersama ciri bateri berkapasiti tinggi sesuai untuk pengoperasian mobiliti lebih lama.

Pengguna peranti tersebut turut ditawarkan aplikasi pengemudiani perjalanan dengan sokongan suara dan had laju, Nokia Drive secara percuma.

Model Lumia 900 didatangkan dengan pilihan warna putih, biru dan hitam

Sementara untuk Nokia Lumia 610 pula, peranti yang lengkap dengan fungsi pelayaran web sosial serta hiburan itu sesuai diimplementasi golongan pengguna muda.

Menerusi kelebihan itu, mereka akan dapat melakukan aktiviti seperti pelayaran Internet, mengakses laman sembang, memuat turun lagu dan memeriksa e-mel di masa sahaja mereka berada.

Nokia Lumia 610 ditawarkan dengan pilihan warna merah, hitam dan biru.

Kedua-dua model berkenaan bakal memasuki pasaran global menjelang suku kedua tahun ini.

Erascan kejayaan Mimos

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

MIMOS Berhad baru-baru ini menerima pengiktirafan apabila dipilih sebagai penerima anugerah Red Dot Design Award 2011 dalam katogeri Konsep Rekaan.

Anugerah tersebut merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut yang diterima oleh agensi tersebut sejak tahun 2010.

Agensi itu dipilih menerima anugerah tersebut berdasarkan konsep rekaan Erascan yang dihasilkan oleh Kumpulan Rekaan Industri Mimos iaitu Saharudin Busri, Mohd. Nizam Najmuddin, Nuzairi Yasin, Mohd. Rohaizam Tahar dan Nazjimee Amat.

Menurut Presiden MIMOS Berhad, Datuk Abdul Wahab Abdullah, pihaknya berbangga dengan pencapaian tersebut yang mana akan mendorong agensi tersebut berusaha lebih keras dalam menghasilkan reka bentuk, penyelidikan dan pembanguan (R&D).

"Ini merupakan anugerah reka bentuk terbesar di dunia. Malah juri bagi pertandingan tersebut juga merupakan panel yang terdiri daripada pakar reka bentuk terkemuka dunia," katanya pada majlis penyampaian anugerah kepada pemenang terbabit baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Anugerah Red Hot Design, Prof. Dr. Peter Zec dan Presiden Anugerah Red Dot Asia, Ken Koo C.K.

Sebanyak 3,536 produk dari 54 negara telah diperiksa dan 252 konsep terpilih menerima anugerah tersebut.

Jelas Abdul Wahab, sebelum itu, produk yang direka telah dipamerkan di muzium Red Dot Design di Singapura.

Ia bertujuan memberi gambaran atau orientasi kepada usahawan, golongan pereka profesional dan pengguna untuk meneliti siapakah yang memiliki rekaan terbaik.

Bercerita mengenai Erascan yang telah dicipta oleh Kumpulan Industri MIMOS, Abdul Wahab berkata, ia merupakan sebuah peranti khas yang menggabungkan pemadam papan putih bersama pengimbas digital.

Ia berfungsi sebagai pengimbas lakaran, tulisan atau lukisan pada papan putih sebelum lakaran tersebut dipadamkan dan menukarkan maklumat tersebut kepada imej digital.

Peranti ini mampu mengesan tulisan tangan, alamat emel dan laman web, malah mampu mengesan kedudukan serta mengesan laluan asal semasa mengimbas.

Erascan juga mampu menyimpan semua data yang diimbas terus ke dalam sistem simpanan dalamannya dan boleh dipindahkan ke komputer menerusi emel menggunakan wayarles.

Ia juga merupakan alternatif yang murah dan ringkas berbanding papan putih digital yang terdapat kini.

Rekaan tersebut mengandungi skrin paparan kristal cecair (LCD) yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang diimbas semasa proses imbasan dilakukan.

Ia juga memaparkan aturan mudah yang membolehkan pengguna memilih aplikasi lain yang terdapat pada rekaan tersebut.

Malah, butang kawalan navigasi turut disediakan dan terletak pada bahagian bawah skrin LCD tersebut.

Manakala huruf 'e' dan cahaya berbentuk paip di sekeliling peranti tersebut menunjukkan Erascan berada di dalam mod kuasa.

Rekaan ini amat sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah dan juga kolej di mana ia mampu menyimpan nota serta lakaran penting.

Ia juga boleh digunakan di rumah untuk kanak-kanak yang gemar meluahkan kreativiti menerusi papan putih di mana ia mampu menyimpan idea, lakaran serta lukisan dalam bentuk digital dan boleh ditonton pada masa akan datang.

Nikon D4 canggih

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

CANGGIH!" Itu merupakan antara perkataan pertama dinyatakan oleh Editor Foto Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Abdul Kadir Bachok apabila menerima kamera terbaru, Nikon D4 baru-baru ini.

Penerimaan dua set kamera itu juga mencatatkan bahawa Utusan merupakan media pertama yang menerima Nikon D4 di negara ini.

Menurut Abdul Kadir, seiring dengan perkembangan dunia fotografi digital yang semakin canggih, Utusan turut tidak ketinggalan memiliki Nikon D4 bagi memantapkan perjalanan tugasan jurufoto.

"Kami telah melaksanakan ujian ketahanan terhadap kamera ini dan ternyata ia melepasi setiap ujian terutamanya ujian kelasakan.

"Hal ini kerana, sebagai jurugambar, kamera akan digunakan sehingga ke tahap maksimum pada setiap hari, justeru ketahanan sesebuah kamera itu amat dititik beratkan," ujarnya.

Beliau ditemui di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sempena penghantaran dua unit kamera Nikon D4 oleh wakil Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Jelas Abdul Kadir, di samping memiliki ketahanan tinggi, Nikon D4 juga memiliki beberapa kelebihan yang mana mampu memudahkan peranan jurufoto.

Antaranya, proses penghantaran gambar kini boleh dilakukan secara terus menerusi kamera di lokasi menggunakan peranti khas yang dikenali sebagai WT-5.

Malah petugas yang berada di pejabat juga boleh terus memilih gambar yang telah dirakam menerusi kamera tersebut biarpun jurufoto yang berada di lokasi tidak sempat menghantarnya.

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Profesional, Pemasaran Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR , D4 yang menggunakan format Nikon FX merupakan kamera tercanggih dan terkini di dunia.

Kamera baharu berkenaan menggunakan enjin pemprosesan imej terbaharu Expeed 3 yang sesuai untuk kamera digital lensa refleks tunggal (DSLR).

Beliau berkata, D4 mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi baharu yang ditambah hasil maklum balas daripada pengguna profesional dan amatur Nikon.

Selain menawarkan kemudahan penghantaran, Nikon D4 juga mampu meningkatkan kualiti imej, lebih pantas iaitu 11 bingkai sesaat (fps).

Kelajuan rakaman tersebut juga merupakan antara kelebihan bagi jurufoto yang bertugas untuk merakam aksi sukan.

Malah tambah Mahfooz NR, Nikon D4 juga mampu merakam imej dengan baik biarpun berada di dalam keadaan yang kurang cahaya hal demikian amat membantu jurufoto dalam melaksanakan tugasan mereka.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak berkata, kerjasama yang erat antara Utusan dan Nikon sebelum ini merupakan faktor utama media tersebut di pilih sebagai penerima pertama Nion D4.

"Nikon juga akan terus mempertingkatkan hubungan erat ini dari masa ke sesama bagi memastikan Utusan sebagai pelanggan menerima perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak kami," katanya.

LG Optimus 4X HD : Pemproses lebih lancar

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my

SELEPAS sukses dengan beberapa siri Optimus sebelum ini, LG terus mengorak langkah memperkenalkan produk terbaru telefon pintar mereka bagi portfolio yang sama.

Kali ini, syarikat teknologi itu mempertaruhkan pula model LG Optimus 4X HD dengan sokongan pemproses empat teras NVIDIA Tegra 3, 1.5 GHz dikombinasikan bersama paparan definisi tinggi, True HD.

Menurut presiden LG Mobile Communications, Dr. Jong-seok Park, pengenalan produk selular dengan keupayaan pemproses empat teras itu bakal memberi keunikan daripada segi kelancaran operasi dan pengalaman multimedia terbaik.

Secara asasnya, NVIDIA Tegra 3 merupakan satu-satunya pemproses mobiliti 4-PLUS-1 empat teras yang menawarkan prestasi multimedia peringkat tinggi serta penjimatan bateri maksimum.

Daripada segi kualiti paparan pula, teknologi True HD bakal memberi kesan visual resolusi tinggi dan jelas tanpa sebarang gangguan warna atau bentuk.

Spesifikasi lainnya, Optimus 4X HD dipacu menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich dengan memori binaan dalam 16 gigabit (GB).

Untuk fungsi multimedianya, peranti berkenaan dilengkapi kamera beresolusi lapan megapiksel dan lampu flash LED.

Mengiringi kecemerlangan fungsinya, reka bentuk luaran model itu turut tidak menghampakan di mana ia mengaplikasi material berkualiti dan mempunyai kemasan cukup elegan senipis 8.9 milimeter.